Thursday, 3 April 2014

Liga Juara-Juara: Real Madrid, PSG bawa bekalan selesa

REAL Madrid berjaya membawa bekalan selesa apabila bertandang ke tempat lawan pada Selesa depan setelah mengalahkan Borussia Dortmund 3-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Keputusan itu membolehkan Real memegang kelebihan besar sebelum bertandang ke Dortmund pada perlawanan suku akhir kedua, Selasa depan.

Dalam perlawanan itu, Real tidak menunggu apabila Gareth Bale meledak pada awal tiga minit permainan manakala Isco menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-27.

Cristiano Ronaldo kemudian mencipta gol ke-14 di Eropah musim ini untuk menambah lagi derita buat Dortmund.

Sementara itu, Paris Saint Germain (PSG) turut membawa bekalan selesa apabila berkunjung ke London, Selasa depan selepas menumpaskan Chelsea 3-1 pada suku akhir pertama Liga Juara-juara di Parc des Princes.

No comments:

Post a Comment