Thursday, 3 April 2014

KWSP lancar aplikasi mudah alih untuk Gen-Y


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya yang dikenali sebagai ‘EPF i-Akaun’. Ia juga bagi memenuhi pelanggan KWSP dari golongan Gen-Y yang memilih untuk melakukan urusan secara atas talian.

Aplikasi mudah alih yang dibangunkan sendiri oleh kakitangan KWSP ini boleh digunakan di semua telefon pintar dan tablet dengan Android versi 2.2 dan ke atas.

“Aplikasi ‘EPF i-Akaun’ merupakan produk terbaru KWSP bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap saluran penyampaian elektronik, membolehkan ahli yang memiliki i-Akaun capaian pantas kepada simpanan KWSP mereka. Ahli juga boleh memantau simpanan KWSP mereka yang ditanda aras dengan kuantum Simpanan Asas sebagai panduan untuk menguruskan simpanan KWSP dengan lebih baik.

“Selain itu, aplikasi mudah alih KWSP ini membolehkan ahli menyemak penyata mereka dengan lebih cepat dan mudah serta memastikan majikan menghantar caruman KWSP dengan betul dan tepat pada masanya.”

Aplikasi mudah alih baharu ini juga membenarkan ahli mengakses profil mereka dan mendapatkan berita terkini mengenai KWSP termasuk lokasi pejabat KWSP dari mana sahaja.

Ia turut dilengkapkan dengan kalkulatoronline bagi membolehkan ahli mengira anggaran caruman tahunan KWSP mereka, berapa banyak amaun yang boleh dikeluarkan untuk Pengeluaran Perumahan dan anggaran amaun untuk dilaburkan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP).

“Pada peringkat awal, aplikasi ini hanya menyediakan ciri-ciri asas dan akan digabungkan dengan perkhidmatan KWSP yang lain di masa hadapan bagi menawarkan lebih banyak kemudahan kepada ahli,” tambah beliau.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment