Saturday 26 April 2014

Galaxy K (S5 zoom) bakal dilancarkan minggu hadapan

Samsung sebelum ini telah sedia memberikan petanda mereka akan memperkenalkan Galaxy K pada 29 April ini. Menariknya, hari ini beberapa gambar hadir memperlihatkan secara kasar rekabentuk peranti berkenaan.

Galaxy K ini dikatakan merupakan “Galaxy S5 Zoom”, dan bakal memfokuskan kepada sokongan kamera – sama seperti salah satu variasi telefon pintar pada tahun lepas. Mungkin penggunaan nama baru ini akan mengurangkan kekeliruaan dikalangan pengguna berbanding kekal menggunakan nama “Galaxy S” seperti tahun lepas.





Dari segi spesifikasi, ia dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 4.8-inci, cip pemprosesan Samsung Exynos 5 5260, memori 2GB RAM, dan kamera dengan sensor 20-megapixel. Bahagian kamera juga dilihat akan dilengkapi dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x, selain fungsi Xenon Flash. Samsung turut dikatakan akan menyertakan kamera hadapan 2-megapixel untuk tujuan panggilan video dan sebagainya.

Memandangkan ia menggunakan nama “Galaxy”, maka kita boleh lihat peranti ini menggunakan sistem operasi Android yang terkini padanya.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan fungsi khusus yang dibawakan oleh peranti ini pada minggu hadapan – ketika pelancaran rasminya kelak.

Sumber: SamMobile
Sumber: Amanz

No comments:

Post a Comment