Friday 14 March 2014

Jabatan Pelajaran Selangor arah 131 sekolah ditutup serta merta


KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta pada Jumaat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 10 malam Khamis menunjukkan Perlabuhan Kelang merekodkan bacaan 325 iaitu kategori merbahaya.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mahmud Karim berkata arahan telah dikeluarkan oleh pihaknya kepada pejabat pendidikan daerah Klang berdasarkan pemantauan paras jerebu di negeri itu.

beliau berkata tempoh penutupan sekolah tersebut akan bergantung kepada tahap bacaan IPU di kawasan itu dan pembukaan semula sekolah di daerah itu akan diumumkan kelak.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment