Friday 14 March 2014

20, 000 nelayan bantu cari MH370

Gambar Fail

KUALA LUMPUR: 30 tambahan bot nelayan dari Kedah dikerah bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan bot sebanyak 1,818 bot dengan melibatkan lebih 20,000 nelayan yang turut membantu pihak berkuasa sedia ada.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tadi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman namun memberitahu usaha itu setakat ini belum membuahkan sebarang hasil.

Bagaimanapun usaha membantu pihak berkuasa sedia ada akan diteruskan bagi mencari pesawat yang hilang itu.

Tambah beliau, kemudahan Gps dan sonar yang dilengkapi dalam bot-bot nelayan juga boleh diguna untuk mengesan sebarang objek mencurigakan di dasar laut.

Beliau ditemui selepas melawat keluarga penumpang pesawat Mh370 di Hotel Everly Putrajaya.

Pada Isnin, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 melibatkan laut dalam di Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang diarahkan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat Mh370 di kawasan perairan negara.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment