Thursday 20 March 2014

Bekas pekerja TNB ditangkap ceroboh pencawang

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) diberkas oleh Pasukan Polis Bantuan syarikat itu ketika menceroboh masuk sebuah pencawang elektrik di Jalan Sri Utara dekat Jalan Kuching, di sini semalam.

Pengurus Besar Perkhidmatan Keselamatan TNB Rumaizi Mohd Amin, dalam kenyataan hari ini berkata suspek yang dikenali sebagai Ali Limat, 39, itu ditangkap ketika meleraikan komponen dalaman alat ubah (transformer) untuk mengeluarkan komponen tembaga di pencawang tersebut.

"Ali pernah bekerja di TNB sebelum ini tetapi telah dibuang kerja pada November 2006 kerana didapati bersalah terlibat dalam kes kecurian pepasangan TNB di sekitar Lembah Klang," katanya.

Menurut kenyataan itu, suspek kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk sisatan lanjut. 

Bernama

No comments:

Post a Comment