Tuesday 18 February 2014

Simon Cowell bangga jadi ayah


Simon Cowell berkongsi beberapa keping gambar anaknya, Eric di laman sosial. Menjadi bapa pada usia 54 tahun, Eric dilahirkan pada Jumaat lalu.

Menurut jurucakap Cowell, Lauren Silverman melahirkan Eric dengan berat 2.9 kg di New York.

Cowell yang popular menerusi "American Idol" dan "The X Factor" memilih nama Eric sebagai penghargaan kepada bapanya.

Pada gambar-gambar itu, Cowell menulis kapsyen betapa dia berbangga dengan kehadiran Eric. Ini merupakan anak sulung Cowell manakala yang kedua buat Silverman.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment