Tuesday 18 February 2014

Ramai tidak sabar hadiri konsert Taylor Swift di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Di media sosial, berita kehadiran penyanyi yang popular dengan lagu 'Love Story' dan 'You Belong With Me' menjadi tajuk utama sejak kebelakangan ini.

Bintang remaja kesayangan ramai, Taylor Swift bakal menjejakkan kaki ke Malaysia buat kali pertama pada 11 Jun nanti.

Ramai yang tidak sabar untuk turut serta di konsert yang julung kalinya diadakan di ibu negara.


taylor swift is in kuala lumpur trends YAASS— irysh (@youuweretrouble)February 17, 2014
"calling all taylor swift fans in kuala lumpur" i kreid just even reading the first sentence— farna (@_frhnrdzn)February 16, 2014

" hey,it's taylor swift, i have some exciting news, my red tour presented by cornetto is coming to kuala lumpur on june 11, i'll see u guys"— haris (@wanmohdharrith)February 15, 2014

Taylor Swift so excited you're coming to Kuala Lumpur! Countin the days till tickets go on sale! #paintthecityREDSwift akan menghiburkan peminat sempena konsert jelajah 'The Red Tour'.


Pemenang anugerah Grammy ini mengambil keputusan untuk membawa jelajah tersebut ke Asia Tenggara selepas mendapat permintaan tinggi peminat.

Swift akan membuat persembahan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum meneruskan jelajahnya ke Singapura.

Konsert di Kuala Lumpur dibawakan oleh PR Worldwide dan AEG Live.

Tiket dijual pada harga serendah RM295 dan boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my.

Penjualan tiket kepada umum akan bermula pada 1 Mac ini.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment