Saturday 1 February 2014

Gadis OKU dirogol rakan sendiri


KUALA PILAH: Akibat tidak berupaya mempertahankan diri dari perbuatan keji rakan lelakinya, seorang gadis orang kurang upaya (OKU), menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki tersebut selepas bermalam di rumahnya.

Mangsa, seorang gadis bawah umur yang kudung pergelangan tangan kiri sejak dilahirkan, telah dirogol pada 5 September tahun lalu di rumah suspek berusia 20 tahun itu di Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim, adik mangsa menyedari kakaknya keluar bersama suspek sekitar jam 1.30 pagi pada tarikh tersebut selepas suspek menjemputnya di rumah.

“Kemudian kakaknya pulang ke rumah pada 6 September kira-kira jam 8.30 malam selepas dihantar suspek.

“Adik lelakinya yang curiga melihat situasi itu, telah mendesak mangsa menceritakan apa yang berlaku. Mangsa mengaku mereka telah melakukan hubungan seks ketika bermalam di rumah suspek,” katanya dalam Sinar Harian.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Seri Menanti pada 6 September, yang menyebabkan suspek melarikan diri selepas mengetahui mangsa membuat laporan polis.

Bagaimanapun, Azmi memberitahu bahawa suspek berjaya ditangkap pada 21 Januari lalu, jam 5 petang di rumahnya, dan semasa pemeriksaan suspek gagal menunjukkan kad pengenalannya.

Atas kesalahan itu, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan semasa pemeriksaan polis mengikut peraturan 25(1) PPPN 1990 pada 28 Januari lalu.

“Pada 29 Januari, suspek dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah atas kesalahan merogol mangsa untuk dua pertuduhan kerana merogol sebanyak dua kali pada masa berlainan di tempat yang sama,” kata Azmi.

Bagaimanapun, suspek tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dan diikat jamin sebanyak RM11,000. - ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment