Saturday 1 February 2014

Chong Wei terkejut dicadang tanding PRK

Lee Chong Wei

SHAH ALAM- Pemain perseorangan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya yang dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, nama Chong Wei disebut-sebut sebagai calon BN untuk PRK Dun Kajang.

Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman mikro Twitter miliknya menegaskan beliau tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Susulan cadangan parti komponen BN yang ingin meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Khairy melalui laman mikro Twitternya berkata, Chong Wei adalah "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK Dun Kajang.

No comments:

Post a Comment