Saturday 2 November 2013

Kemeriahan majlis kahwin bertukar pilu


LABUAN - Kemeriahan satu majlis perkahwinan di sini tidak kekal lama apabila seorang anggota keluarga pengantin maut dalam kemalangan jalan raya pada petang Jumaat.

   
Mangsa, Aridan Jidi, 28, dari Beaufort, Sabah, terbunuh dalam kemalangan ngeri pada pukul 2.40 petang itu, manakala pembonceng motosikal yang ditungganginya cedera parah.
   
Motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di satu persimpangan di Tan Villa Park di sini. Kemalangan berlaku tidak lama selepas Aridan tiba di sini untuk menghadiri majlis itu.
   
Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya Dzulfiqkar Jaidi, 15, kini dirawat di Hospital Nucleus Labuan.
   
Pemandu lori berkenaan yang berumur 58 tahun, ditahan untuk sisatan lanjut. 

- Bernama

No comments:

Post a Comment