Premis tidak berpenghuni dijadikan tempat menghasilkan DVD cetak rompak oleh suspek bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pegawai PPDNKK menunjukkan mesin menyalin yang digunakan suspek untuk menghasilkan DVD cetak rompak.
IPOH – Hasil intipan yang dilakukan selama tiga bulan di sebuah rumah kedai tidak berpenghuni di Jalan Pasar Patrick, berjaya melumpuhkan kegiatan mencetak cakera padat digital (DVD) di sini.
Penolong Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri, Mohd Kamarul Mohd Noor berkata, serbuan jam 5 petang itu disertai lapan pegawai PPDNKK mendapati rumah kedai berkenaan kosong namun mesin menyalin masih berjalan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat empat mesin menyalin yang mana setiap satu menghasilkan 15 cetakan.
“Kita merampas 12,000 DVD pelbagai judul filem antarabangsa yang keseluruhannya bernilai RM60,000 dan salinan ini dipercayai diedarkan sekitar Ipoh.
“Suspek memproses DVD berkenaan dari mula hingga akhir termasuk pembungkusan. Ini adalah operasi kali kelima pada tahun ini untuk mengekang aktiviti cetak rompak,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan beberapa maklumat mengenai premis itu daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, suspek berlindung di sebalik rumah berkenaan dengan menggunakan pintu belakang untuk masuk ke premis tersebut.
"Keadaan kedai yang terletak agak terbelakang dan kurang dilalui orang ramai memudahkan mereka melakukan kegiatan jenayah berkenaan,” katanya.
Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.
Sinar Harian

No comments:
Post a Comment