Thursday 10 October 2013

Polis rampas pistol, pedang gergasi!

  • Fhulamak! Besarnya parang tu!

  • Polis rampas pistol, pedang
    Mohd Nashir (dua, kiri) menunjukkan senjata yang dirampas.


JITRA – Bertindak atas maklumat dadah pada 7 Oktober lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah melakukan serbuan di sebuah bengkel kereta di Changloon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lima lelaki berumur antara 31 hingga 42 tahun.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi tersebut, polis menjumpai tiga paket dadah jenis syabu dianggarkan seberat 3.60 gram.

“Pada masa sama, polis juga telah menjumpai dua besi berbentuk silinder yang telah diubah suai untuk dijadikan alat penembak dengan menggunakan peluru kaliber .22, satu pistol tiruan, dua pistol paintball yang telah dimodifikasi, 250 butir peluru dan tiga butir peluru penabur shot gun.

“Dalam lokasi sama, pihak polis turut menjumpai dua bilah pedang, dua bilah parang dan satu pisau kecil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Mohd Nashir berkata, semakan turut mendapati mereka mempunyai kesalahan lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

“Buat masa ini, semua suspek direman untuk siasatan lanjut sehingga 14 Oktober ini mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971,” katanya.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment