Saturday 3 August 2013

Bekas pengarah, CEO mengaku tidak bersalah gelapkan RM30 juta

Bekas pengarah, CEO mengaku tidak bersalah gelapkan RM30 juta

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah dan ketua pegawai eksekutif bergelar Datuk mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah.

Tertuduh, Datuk Sarchu Sawal dan Datuk Tan Han Kook yang mengendalikan syarikat usahasama Felda, KPF Quality Sdn Bhd dituduh melakukan penyelewengan membabitkan lebih RM30 juta.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Anjung Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur antara Ogos 2011 dan Februari 2012.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan ikat jamin sebanyak RM2 juta kepada tertuduh pertama, dan RM1 juta kepada tertuduh kedua dengan dokumen perjalanan masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan kedua-dua kes itu semula pada 13 September.

Timbalan pendakwa raya Azlin Sabtu sebelum itu memohon kedua tertuduh diikat jamin dengan RM2 juta setiap seorang kerana didakwa atas tuduhan berat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, kedua mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sarchu merupakan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan dituduh melakukan pecah amanah RM16.9 juta, manakala Tan, RM13.1 juta.

Pada Disember lalu, Tan yang juga ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan didakwa atas tuduhan menipu pegawai bank dengan menggunakan dokumen palsu bagi menuntut kemudahan sama membabitkan RM67 juta.

-Astro Awani

No comments:

Post a Comment