Saturday 14 December 2013

Berang dengan guru, remaja tembak rakan sebelum bunuh diri

US shooting
Pemeriksaan oleh pihak polis terhadap pelajar di Sekolah Tinggi Colorado - Foto AFP  / KCNC


LOS ANGELES: Lagi insiden tembakan rambang di sekolah di Amerika Syarikat.

Seorang remaja yang dikatakan tidak berpuashati dengan salah seorang guru di Colorado High School bertindak melepaskan tembakan sehingga mencederakan dua pelajar sebelum dia sendiri  membunuh diri.

Suspek sebelum itu dikatakan memasuki Sekolah Tinggi Arapahoe dengan membawa sepucuk pistol sebelum bertindak melepaskan tembakan.

Salah seorang pelajar perempuan yang terkena tembakan itu kini dalam keadaan kritikal. Manakala seorang lagi hanya cedera ringan.


Polis turut menemui bom Molotov yang dipercayai milik suspek di dalam kawasan sekolah berkenaan.

Tembakan itu berlaku menjelang hari memperingati  tragedi pembunuhan beramai-ramai di Newtown Connecticut di mana 20 kanak-kanak dan enam dewasa terbunuh.

Kejadian sama pernah berlaku pada 1999 apabila dua remaja menembak  mati 12 rakan sekolah dan seorang guru di Sekolah Tinggi Columbine sebelum menembak diri mereka.



Astro Awani 

No comments:

Post a Comment