Monday 25 November 2013

Thailand tetap pilihan pelancong walau konflik

Thailand

BANGKOK - THAILAND. Walaupun Thailand dilanda ketegangan politik sejak beberapa bulan lepas, namun ia terus menjadi pilihan pelancong dan pada Oktober, jumlahnya meningkat 14.64 peratus kepada 2.065 juta berbanding bulan sama tahun lepas.

Sepuluh sumber pelancong utama bagi negara ini ialah China, Malaysia, Rusia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Australia, India, Singapura dan United Kingdom.

Bagi tempoh Januari-Oktober 2013, 21.73 juta orang asing tiba di Thailand, meningkat 3.96 juta atau 22.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Chalitrat Chantarubeksa, timbalan jurucakap kerajaan selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Menurut beliau, tiga rantau utama yang menjadi sumber pelancong ke Thailand dalam tempoh 10 bulan lepas pula ialah Asia Timur, Eropah dan Amerika.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment