Wednesday 27 November 2013

Mayat lelaki ditemui terapung dalam kolam

Mayat lelaki ditemui terapung dalam kolam
Anggota polis sedang mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di dalam kolam projek terbengkalai bersebelahan Dataran Seremban di Seremban hari ini. Jurucakap polis berkata, mayat seorang lelaki yang dipercayai berbangsa India lengkap berpakaian baju kemeja dan berseluar jeans itu ditemui oleh orang awam yang sedang melalui kawasan itu kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. - Foto Bernama


SEREMBAN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam kolam sebuah projek terbengkalai berhampiran Dataran Seremban hari ini.

Jurucakap polis berkata mayat itu ditemui orang awam pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata mayat itu, yang lengkap berpakaian baju kemeja dan seluar jeans, dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga dan mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6014 999 atau SMS ke 012-6062 702 untuk membantu siasatan.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment