Wednesday 27 November 2013

Industri perlu cekap guna tenaga elektrik

Ir Kamaliah Abdul Kadir
Ir Kamaliah Abdul Kadir. - Foto Sinar Harian Zulfadhli Zaki


SEKTOR industri dan komersial di negara ini perlu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik demi kebaikan kepada negara dan alam sekitar.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Pengguna Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Bhd (TNB) Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata, kesedaran mengenai penggunaan tenaga cekap dalam kalangan pemain industri perlu dipupuk kerana ia akan membantu mengurangkan kos elektrik dalam operasi mereka.

“(Usaha kesedaran) ini akan memberikan cabaran kepada TNB tetapi kami komited dengan melakukan banyak inisiatif untuk berkongsi, mendidik dan membantu pelanggan kami menghadapi rasionalisasi subsidi,” katanya selepas menghadiri Forum Kecekapan Tenaga untuk Kemampanan Perniagaan di Shah Alam, semalam.

Kamaliah berkata, TNB bersedia memberi penerangan kepada pelanggan bagi mencapai matlamat penggunaan tenaga cekap dalam jangka panjang.

Mengulas mengenai seminar itu, Kamaliah berkata, 200 peserta hadir ke program itu yang diadakan untuk memberi pendidikan dan berkongsi pengalaman mengenai penggunaan tenaga cekap.

Ahli panel yang terlibat memberikan taklimat mengenai penggunaan tenaga cekap ialah Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia, Ahmad Hadri Haris; Presiden Pertubuhan Syarikat-Syarikat Perkhidmatan Tenaga Malaysia, Zulkifli Zahari; Presiden Pertubuhan Penyelidikan Tenaga dan Air Malaysia, S Piarapakaran dan Pengurus Projek Negara Industri Tenaga Cekap Sektor Pembuatan Malaysia, Dr K S Kannan.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment