Tuesday 19 November 2013

Jangan hampiri rumah tinggal

Jangan hampiri rumah tinggal
Beginilah keadaan banglo tinggal tersebut.


SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan supaya tidak terlalu ghairah untuk menghampiri kawasan Villa Nabila yang menjadi perhatian ramai berikutan misteri yang baharu berlaku di kawasan itu.

Pengkaji paranormal, Afeyza Arshad berkata, kumpulan para normalnya pernah menjejaki misteri di villa itu dua tahun lalu dan mendapati kawasan itu memang ‘keras’.

“Biasalah, kawasan rumah tinggal.

"Apabila dibiarkan lama, sudah pasti ada makhluk lain yang mendiaminya.

“Saya nasihatkan mereka yang tidak ada pendinding diri jangan cuba menghampiri kawasan itu. Kami aktivis paranormal bukan datang kerana saja-saja, tetapi perlu mempersiapkan diri secara keseluruhannya,” katanya.

Semalam, kisah Villa Nabila mendapat perhatian di media sosial apabila ada pihak mendakwa seorang remaja yang hilang di kawasan itu disorok makhluk halus.

Ditanya apakah yang membuatkan kumpulan remaja berminat menjejaki kawasan villa itu, Afeyza berkata, rasa ingin tahu dan pengaruh media sosial dan elektronik menjadi faktornya.

"Budak muda, bila tengok cerita, mereka pun mahu tahu juga, tetapi hakikatnya mereka tidak ada asas.

“Sukar untuk dijelaskan perkara ini kerana gangguan yang datang itu secara batin, bukan zahir,” katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment