Thursday 26 September 2013

SPRM teruskan siasatan dakwaan rasuah pasukan bola sepak Perak

SPRM teruskan siasatan dakwaan rasuah pasukan bola sepak Perak

Jurulatih pasukan bola sepak Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah hari ini memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah dan sabotaj dalam skuad itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Beliau dilihat memasuki perkarangan pejabat SPRM pada kira-kira 3 petang.

Bagaimanapun, usaha pemberita untuk mendapatkan komen beliau belum berhasil kerana sehingga 9.30 malam ini, jurulatih itu masih berada di pejabat SPRM.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, ketika dihubungi, berkata kesemua 23 pemain dan sembilan pegawai pasukan telah memberi keterangan kepada SPRM Rabu dan Selasa.

PAFA pada Isnin menggantung kesemua pegawai dan petugas pasukan Liga Super negeri itu selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam skuad berkenaan.

Keputusan itu dibuat susulan Perak tewas 1-6 kepada Sarawak dalam perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia di Kuching, Sabtu lepas.

- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment