Thursday 26 September 2013

"Saya sokong naik harga gula" - Shahrizat


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyokong saranan Kementerian Kesihatan mengenai pengurangan subsidi harga gula demi mencegah penyakit kencing manis dari meningkat.

Meskipun begitu katanya, kerajaan perlu mengkaji penyelarasannya terlebih dahulu agar tidak memberikan kesan dan beban kepada rakyat.

"Kesihatan amat mustahak dan tindakan memang perlu diambil tetapi tentang subsidi itu saya jangka bahawa kerajaan dengan apa jua keputusan yang dibuat nanti  pasti mengambil kira semua aspek,"

"Kalau nak kurangkan subsidi, kerajaan mesti membuat perkiraan apakah kesannya terhadap rakyat," kata Shahrizat pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur Isnin.

Sebelum ini cadangan dilontarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam berikutan kebimbangannya terhadap peningkatan penyakit kencing manis kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Penyakit kencing manis juga menurut Subramaniam merupakan masalah besar kepada negara kerana penghidapnya berisiko mendapat penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Dilaporkan seramai 16,000 pesakit buah pinggang kini dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang puratanya hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment