Saturday 7 September 2013

Sangkut di sempadan

BUKIT KAYU HITAM: Polis menahan sembilan individu membabitkan anggota dua kumpulan kongsi gelap ketika cuba melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Kompleks Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam, di sini, kira-kira 7.30 malam tadi.

Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 47 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dalam Op Cantas Khas ketika cuba menyusup ke negara jiran. 


Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata kesemua mereka terdiri daripada anggota kongsi gelap 04 dan 08 ditahan selepas menerima maklumat awam berhubung cubaan untuk melarikan diri ke negara jiran.

Menurutnya, pemeriksaan awal turut menemui pelbagai jenis tatoo pada tubuh semua lelaki berasal dari Kedah, Perak dan Selangor terbabit dan ada antara mereka turut empunyai jawatan dalam kumpulan kongsi gelap berkenaan.



FotoKETUA Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap,Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan menunjukkan tatoo dibadan salah seorang dari sembilan ahli kumpulan kongsi gelap yang berjaya ditahan di Komplek Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam. FOTO Shahrizal Md Noor.


"Mereka dipercayai cuba memasuki negara jiran bagi mengelak ditahan pihak berkuasa selain mahu menghilangkan tatoo pada badan masing-masing.


"Pada masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Tangkapan ke atas semua lelaki terbabit dibuat berdasarkan maklumat awam menunjukkan masyarakat berani untuk membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan gangsterisme," katanya.



Harian Metro

No comments:

Post a Comment