Saturday 31 August 2013

Video lagu 'Skyfall' nyanyian tentera Rusia semakin popular

Video lagu 'Skyfall' nyanyian tentera Rusia semakin popular

‘Skyfall’ sememangnya dikenali ramai sebagai lagu tema filem James Bond yang dipopularkan oleh Adele. Tetapi kini, tujuh anggota koir tentera Rusia berjaya mencuri perhatian daripada penyanyi British itu.

Kedua-dua negara berkenaan mungkin musuh ketat ketika era perang lalu, namun generasi YouTube telah mengangkat video yang menampilkan tentera Rusia itu mendendangkan ‘Skyfall’ sebagai antara video popular (viral) di laman sosial itu.

Video yang dimuatnaik pada 22 Ogos itu kini telah mencecah satu juta jumlah tontonan.

Ia menampilkan seorang ahli koir yang menyanyi secara solo yang juga memerlukannya untuk membaca lirik dan diiringi enam yang lain yang membuat persembahan dalam progam temubual pagi di Rusia.


Video ini juga menerima komen-komen positif dari seluruh dunia.

Sunny6602: "Tabit dari United Kingdom. Usaha yang bagus!"

Ahmed Hassani: "Hebat! Salam dari Maghribi."

CN Ji Young: "Mereka benar-benar anggota tentera? Suara mereka lebih baik daripada artis-artis pop Amerika.”

Ohsnapisam59: "Hebat! Ucapan dari Amerika Syarikat. Kepada sesiapa yang membenci video ini, mereka boleh menyanyi beberapa nota lebih baik daripada Adele."

Single 'Skyfall' dilancarkan bulan Oktober 2012 dan ditulis oleh Adele dan Paul Epsworth, yang juga Penerbit lagu ini. Ia menduduki kedudukan ke 8 dalam carta Billboard Hot 100. Pada bulan Februari, single ini memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Akademi ke-85. - Astro Awani 

No comments:

Post a Comment