Saturday 10 August 2013

Pembantu rumah dakwa didera majikan di Shah Alam


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Seorang pembantu rumah warga Indonesia melarikan diri dari rumah majikannya di Subang Bestari di Shah Alam semalam dengan mendakwa dia menjadi mangsa dera sejak lapan bulan lalu. 
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata Maria Roberta Sain, 30, yang mendakwa sering dipukul majikannya, bertindak melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya pada kira-kira 7 malam semalam dengan bantuan orang awam. 
"Mangsa mengalami luka, lebam dan kesan parut di seluruh badan. Wanita itu mendakwa majikan memukulnya dengan menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.  Menurut mangsa, majikan pukul dia kerana tidak berpuas hati dengan cara dia menjalankan kerja rumah," katanya kepada pemberita hari ini. 
Junaidi berkata pembantu rumah itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut. Susulan itu, seorang wanita berusia 40 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 3 petang tadi untuk membantu siasatan. 
Junaidi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.  - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment