Saturday 10 August 2013

Luahan Hati Rita Rudaini Selepas Diceraikan Aidil





Sepanjang berkahwin dengan Aidil, Murai Batu lihat pelbagai dugaan yang perlu diterima Rita sehingga perlu naik turun mahkamah. Murai Batu ingat, Aidil benar-benar sayangkannya dan mahu menjaga Rita untuk selamanya setelah bersusah payah membawa lari wanita itu untuk bernikah di Songkhla, Thailand. Tetapi begini akhirnya kisah rumahtangga mereka. Namun, Murai Batu tahu Rita adalah seorang wanita yang kuat semangat. Jika tidak, manakan dia boleh teruskan hidup dengan menyara dua orang cahaya matanya hasil perkahwinannya dengan Aidil itu.

Apa-apa pun, hati wanita memang sangat lembut berbanding lelaki, sehinggakan Murai Batu lihat Rita tidak dapat tahan lagi untuk meluahkan isi hatinya di laman sosial Instragram.

Sejak 2 hari lalu sehingga lewat malam semalam, Rita sudah meluahkan rasa hatinya ang agak kecewa dengan tindakan orang-orang yang dianggap menjadi dalang terhadap hubungannya dengan Aidil melalui 4 gambar nota.

Malah Rita memberitahu, dia tidak kisah dengan apa yang berlaku, yang penting dia bahagia dan bangga menjadi seorang ibu yang dapat membesarkandua orang anak yang menjadi amanat Allah.

Di akhir gambar nota itu, Rita sempat mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan peminatnya yang mendoakan kebahagiaan untuk dirinya dan anak-anak.

Berikut merupakan luahan hati Rita:

"Allah maha kaya, Allah maha Adil, Allah maja Kuasa, Doaku moga Allah beri balasan yang setimpal pada mereka itu. Terkejut aku dengan manusia-manusia jahil agama itu. Mereka itu lebih jahat dan dahsyat dari Syaitan. Doa aku dan anak-anak tidak akan putus...amin.

"Allah Lebih mengetahui, apa yang kita ada ni semua hak Allah termasuk diri kita sendiri. Bergembiralah atas derita orang lain, InsyaAllah masa anda akan tiba kerana Allah tidak pernah lupa , kerana apa yang anda apa yang anda ada sekarang ini Allah beri ada sebab.

"Itu satu ujian Allah bagi untuk melihat setakat mana adan lupa, yang pasti 1 hari nanti Allah akan tarik balik sama ada sikit-sikit atau semuanya. Bergembiralah dulu, InsyaAllah Allah pasti mendengar doa orang-orang yang dianaiya, Amin.

"Yang penting, aku bahagia dan bangga menjadi seorang ibu yang membesarkan 2 orang amanat yang Allah kurnia kini kepada aku. Pedulikan cakap-cakap buruk dan caci nista orang padaku. Yang pasti, aku bangga menjadi wanita yang berjaya menjaga maruah dan harga diri.

"Syukur Ya Allah, kerana memelihara diriku dan menjauhkan aku dari perbuatan hina. Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku seorang ibu.

"Ya Allah, berkatilah mereka ini yang tak putus mendokan yang baik-baik untuk aku dan anak-anak, yang tak putus menasihati dan memberi kata-kata semangat. Sungguh mulia hati mereka ini ya Allah. Berikanlah kebahgaiaan pada mereka ini, Amin," luahnya di laman Instagram.

Apa-apa pun, Murai Bat harap semoga Rita tabah menempuhi dugaan ini bersama anak-anak tersayang.

- MyLaunchpad

No comments:

Post a Comment