Friday 9 August 2013

Pemandu teksi cedera dikatakan akibat tertembak diri sendiri


Pemandu teksi cedera dikatakan akibat tertembak diri sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi cedera di tapak tangan kirinya dengan mendakwa ia akibat tertembak dirinya sendiri di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang juga pengutip bil sambilan itu dikatakan menemui sebuah beg sandang hitam di tempat duduk belakang teksinya.

"Selepas selesai mengutip bil di sebuah restoran, mangsa mendakwa pergi ke tempat duduk penumpang di bahagian belakang teksi untuk mengambil sebotol air dan ternampak sebuah beg sandang sebelum menemui sepucuk pistol di dalamnya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mangsa dikatakan cuba mengeluarkan pistol itu dari beg berkenaan namun satu das tembakan terlepas secara tiba-tiba dan terkena tapak tangan kirinya.

Polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada apa yang dilaporkan berlaku oleh lelaki itu benar atau sebaliknya.

Pemandu teksi itu menjalani pembedahan pada tengah hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment