Monday 12 August 2013

"Laporan lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban hanya propaganda" - ESSCOM



KUALA LUMPUR:  Pusat Kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini telah menafikan laporan sebuah media Filipina bahawa lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam satu serangan hendap oleh pengganas di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek telah memaklumkan berita berkenaan hanyalah propaganda yang bertujuan mencetuskan perasaan takut penduduk Sabah khususnya di Pantai Timur.

Sebuah media Filipina, Manila Times, semalam melaporkan bahawa satu pertempuran telah berlaku di antara pasukan keselamatan Malaysia dengan pengikut Jamalul Kiram III pada Jumaat lalu.

Laporan itu turut mendakwa kononnya lapan anggota keselamatan Malaysia yang terkorban itu telah diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota pengganas yang diketuai oleh seorang ‘pegawai kanan’ bernama Utuh Ubie.

Sumber: Astro Awani  

No comments:

Post a Comment