Monday 12 August 2013

Anwar dakwa Najib tawar kerjasama UMNO-Pakatan bentuk kerajaan perpaduan

Anwar dakwa Najib tawar kerjasama UMNO-Pakatan bentuk kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR:  Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar kerajaan perpaduan ditubuhkan dengan kerjasama antara Pakatan dan UMNO, lapor laman web Asia Sentinel.

Anwar dalam temubual tersebut berkata beliau telah menyampaikan pesanan kepada Najib melalui perantara bahawa serangan membakar semangat perkauman oleh Utusan Malaysia -akhbar milik UMNO- terhadap masyarakat Cina dan India perlu dihentikan sebelum cadangan itu boleh diperhalusi.

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.

Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.

Dalam temubual dengan portal berita tersebut, Anwar mendakwa Najib telah menggunakan khidmat bekas naib Presiden Indonesia, Yussuf Kalla menerusi kunjungan tokoh politik tersebut ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali termasuk yang terbaru pada pertengahan Julai lepas.

Sebelum ini, Yusuf pernah mendedahkan Anwar melanggar janji yang dibuat untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment