Tuesday 13 August 2013

Krisis nuklear Jepun belum berakhir

Krisis nuklean Jepun belum berakhir
FUKUSHIMA: Krisis nuklear yang melanda Jepun pasca bencana berganda pada 2011, belum berakhir.

Biarpun Tokyo sudah melaksanakan langkah keselamatan, pencemaran radiasi terus berlaku dan menjejaskan penduduk khususnya sekitar loji Fukushima Daichi.

Operator loji Fukushima, Tokyo Electric Power Company atau Tepco bulan lalu mengakui loji tersebut mengalirkan sisa air dicemari radiasi ke sumber air berdekatan.

Ia mendedahkan sejumlah 300 tan sisa air radiasi mengalir ke lautan setiap hari sejak krisis tercetus.

Namun, di sebalik pendedahan itu, kawasan pantai di sekitarnya terus dibuka kepada umum.

Situasi itu menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan penduduk dan komuniti nelayan yang bergantung hidup kepada sumber dari lautan.

Namun, Jawatankuasa Keselamatan Pantai memaklumkan, pihaknya sudah melaksanakan langkah pencegahan, bagi memastikan keselamatan pantai. Antaranya mengukur tahap radiasi empat kali sehari.

Sekiranya tahap radiasi melepasi tahap dibenarkan, pantai tersebut akan ditutup. Sementara itu, pasukan penyelidik menuntut supaya kerajaan melaksanakan mekanisme bagi melindungi kawasan pantai.

Ia bagi memastikan kesan negatif daripada pencemaran itu dapat ditangani segera. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment