Tuesday 27 August 2013

Dua anggota Geng 08 ditahan di Pahang

KUANTAN:  Dua anggota kumpulan kongsi gelap Geng 08 yang bergiat aktif di utara tanah air dan sepasang suami isteri adalah antara lima suspek pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Cantas pada 22 Ogos lalu.

Suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam operasi di Kuantan dan Temerloh.

Hasil kedua-dua serbuan itu, polis merampas 9,261.6 gram dadah heroin yang dianggar bernilai RM268,586 serta dua kereta yang digunakan suspek, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani

Beliau menambah dua anggota kumpulan kongsi gelap itu yang berstatus Orang Sekatan (PCO) bersabit kesalahan dadah bersama seorang rakan ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Tanah Putih di sini, semalam.



- Astro Awani, 27 Ogos, 2013

No comments:

Post a Comment