Tuesday 23 July 2013

Jerebu kembali menjelma, rakyat kembali merungut!


Jerebu kembali menjelma, rakyat kembali merungut

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak akan dapat melihat langit biru atau menghirup udara segar untuk seketika waktu ini, kerana jerebu telah kembali.

Jabatan Alam Sekitar, yang mengesahkan perkara itu, berkata, secara keseluruhannya, terdapat peningkatan bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sehingga jam 3 petang hari ini berbanding hanya dua kawasan pada waktu yang sama semalma.

Jabatan itu berkata punca kemerosotan kualiti udara adalah dipengaruhi jerebu merentasi sempadan.

“Laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera meningkat dari 159 ke 261 semalam.

“Di Malaysia, terdapat 19 titik panas yang dikesan semalam iaitu di Johor (7), Kelantan (4), Pahang (4), Perak (2), Selangor (1) dan Sabah (1).

“Penyiasatan di lapangan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi setiap titik panas yang dikesan,” kata Jabatan tersebut dalam suatu kenyataan.

Setakat pukul 4 petang, sebanyak lima kawasan dikesan mempunyai kualiti udara yang tidak sihat. Kawasan Bukit Rambai di Melaka mencatatkan bacaan IPU yang paling tinggi setakat ini iaitu 122.

Ini diikuti dengan Cheras iaitu 117, Banting iaitu 111, Muar iaitu 102 dan Bandaraya Melaka iaitu 101.

Berikutan itu, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil langkah-langkah bagi mencegah dari berlakunya pembakaran terbuka di seluruh negara yang boleh menyebabkan kemorosotan kualiti udara dengan melaksanakan tindakan berikut:-

i) Mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua peringkat negeri di mana rondaan melalui udara dan rondaan darat setiap hari dilaksanakan

ii) Melaksanakan Prosedur Tetap Operasi bagi Program Mencegah Kebakaran di Tanah Gambut\

iii) Bilik Operasi JAS di buka 24 jam setiap hari untuk menerima sebarang kes aduan pembakaran terbuka.

Sementara itu, rakyat Malaysia telah mula mengeluh di laman sosial media mengenai jerebu yang kembali.


- Astro Awani

No comments:

Post a Comment