Saturday 15 June 2013

Novelis Malaysia menangi anugerah Walter Scott

Novelis Malaysia menangi anugerah Walter Scott

KUALA LUMPUR: Penulis Malaysia, Tan Twan Eng diumumkan penerima Anugerah Walter Scott.

Anugerah yang memberikan penghargaan kepada penulis-penulis fiksyen sejarah itu ditujukan kepada novel pasca Perang Dunia Kedua beliau bertajuk 'The Garden of Evening Mists'.

Tan yang berasal dari Pulau Pinang, merupakan penulis pertama di luar United Kingdom (UK) yang memenangi anugerah itu selepas peraturan baru dilaksanakan tahun lepas.

Anugerah tersebut menjanjikan hadiah berjumlah 25,000 pound atau RM122,300.

Beliau menerima anugerah ini pada Jumaat di Festival Buku Brewin Dolphin Borders di Melrose, Scotland dan telah disampaikan oleh Duke of Buccleuch, yang mengiktiraf anugerah itu empat tahun lalu.

Tan mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang serta undang-undang hartanah.

Namun minatnya dalam bidang penulisan begitu mendalam sejak zaman kanak-kanak lagi, membuatkan beliau mengambik keputusan melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana di Universiti Cape Town semasa berumur 30-an.

Hasil buku pertamanya berjudul "The Gift of Rain," dan telah disenaraikan untuk Hadiah Man Booker.

No comments:

Post a Comment