Thursday 30 May 2013

Agregat 6-5: Kelantan melangkah ke pentas akhir Piala FA

Itu dia The Red Warriors!

Kelantan melangkah ke pentas akhir Piala FA


KUALA TERENGGANU: Kelantan melangkah ke pentas akhir Piala FA, biarpun tewas 4-2 kepada Terengganu selepas masa tambahan dalam aksi dramatik di Kuala Terengganu.

Terengganu mendahului Kelantan 4-1 tamat 90 minit perlawanan, tetapi dua gol Kelantan membolehkan mereka mara 6-5 secara agregat.

Skuad Peteh hanya memerlukan lima minit untuk membuka tirai jaringan, menerusi sepakan percuma Vincent Bikana.

Belum sempat pelawat bangkit, Terengganu meraih jaringan kedua menerusi O Puaneswaran pada minit ke-27.

Pengausaan Terengganu berterusan di babak kedua, apabila Jean effa Owona meraih jaringan ketiga pada minit ke-71.

Tuan rumah seakan mengesahkan kemenangan, apabila Abdul Manaf Mamat meraih jaringan keempat, pada minit kedua masa kecederaan.

Namun, Kelantan mengheret perlawanan ke masa tambahan, apabila berjaya menemui sasaran pada minit terakhir masa kecederaan.

Masuk masa tambahan, Kelantan berjaya meraih jaringan kedua, oleh Dickson Nwakaeme untuk mengesahkan kemaraan mereka.

No comments:

Post a Comment