Sunday, 9 November 2014

Kanak-kanak perempuan Aleppo jadi bintang YouTube

Seorang gadis berusia sembilan tahun telah menjadi bintang komedi YouTube yang menggambarkan dengan kepahitan realiti di Syria.

BEIRUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menjadi bintang saluran YouTube setelah membawakan watak dalam satu siri program yang menggambarkan tentang kepahitan realiti kehidupan seharian di kawasan-kawasan yang dikuasai pemberontak di Aleppo, Syria.

Dia yang dikenali sebagai Rasha melakonkan watak "Umm al-Abdo Halabiya", seorang suri rumah tangga yang terpaksa tinggal di dalam bandar itu yang bergelora dengan keganasan selama tiga tahun.

Di dalam program 30 episod itu, kesemua watak-wataknya dibawakan oleh kanak-kanak yang memainkan peranan sebagai orang dewasa dan ia telah ditontoni oleh puluhan ribu pengguna Internet.

Video dari saluran berita BBC Trending ini memaparkan lakonan Rasha yang membawa watak sebagai 'Umm Abdo al-Halabiya'
Antara babak yang mendapat perhatian penonton adalah babak ketika Umm Abdo berdebat dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad dan mengkritik kumpulan pemberontak yang cuba untuk menggulingkan Bashar.

Walaupun masih muda, Rasha menunjukkan kematangannya dengan meniru gaya wanita tradisional Syria yang lazimnya kehidupan mereka banyak berkisar tentang gosip.

Kanak-kanak berpipi tembam dan berambut perang itu berlakon bersama-sama kanak-kanak lain yang memainkan watak-watak seperti pemberontak dan jiran.

Di dalam satu episod, Umm Abdo dilihat memakai pakaian tradisional dishdasha (jubah) dan berbual di telefon dengan adiknya, yang tinggal di kawasan kejiranan yang dikuasai rejim di Aleppo di mana masalah ketiadaan bekalan air semakin menjadi-jadi.

"Adakah anda juga mencuci pakaian dengan menggunakan tangan?" dia bertanya, sebelum menambah: "Saya sangkakan pengikut setia seperti kamu seorang yang manja!”.

Dalam episod yang lain, Umm Abdo menjemput dua wanita ke rumahnya, di mana salah seorang daripada mereka sedang mencari jodoh buat anaknya, seorang pejuang pemberontakan.

Pernikahan itu bagaimanapun tidak diteruskan kerana tuntutan mas kawin adalah dalam matawang dolar atau emas oleh Umm Abdo.

Pengarah siri itu, Bashar Hadi memberitahu AFP dia memilih untuk membuat persembahan secara santai tentang kehidupan tragik di Aleppo kerana ia akan terus menusuk ke hati penonton.

Dia berkata video-video terbabit adalah untuk menghilangkan kesedihan penduduk dan membuat penonton tersenyum walaupun perang saudara di Syria telah meragut lebih 180,000 nyawa.

Bandar Aleppo telah berpecah kepada kawasan kerajaan dan pemberontak sejak serangan besar-besaran dilancarkan oleh pemberontak pada bulan Julai 2012.

Bashar berkata dia memutuskan untuk mendapatkan pelakon kanak-kanak untuk memainkan watak di dalam programnya untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kesengsaraan rakyat Syria. - AFP 

Toyota Corolla Altis 1.8G officially introduced, RM119,900


The Toyota Corolla Altis 1.8G, which we reported on last month, has now been officially introduced. The variant replaces the 2.0G in the model lineup. To recap that in our initial report, the 139 PS, 173 Nm 2ZR-FE 1.8 litre unit takes over from the 145 PS, 187 Nm 3ZR-FE 2.0 litre mill – the seven-speed CVT transmission remains in place.

The 1.8G now features black combination leather upholstery as that found on the range-topping 2.0V (the 2.0G’s seats were fabric, like the baseline 1.8E). The car also gets smart entry and push-start ignition, as does the baseline 1.8E – both it and the outgoing 2.0G had keyed-ignition when the model was launched in January. The instrument panel has also been upgraded, with Optitron meters now to be found.

Additionally, the door handles now have a chrome finish and inside, illumination has been added for the centre console cup holders and front foot well. The halogen headlamps are now equipped with auto on/off operation, and the the 1.8G – which rides on 16-inch alloys and 205/55 tyres – also features a two-DIN DVD player with six speakers and a seven-inch touchscreen. Safety kit includes two airbags, though VSC is still not available.


The 1.8E also gets most of the new bits as well – aside from the smart entry and push-start ignition, the base variant now has illumination for the cup holders/front foot well, chrome door handles and auto on/off mode for the headlamps in its kit mix.

Pricing, as reported earlier, is RM119,900 on-the-road with insurance for the 1.8G, which makes it just over RM3k cheaper than the outgoing 2.0G (priced at RM123,000 when the Thai-built 11th-generation Corolla was introduced here). The 1.8E goes for RM115,900 (OTR, with insurance), up from the RM114k when introduced, while the 2.0V continues on at RM136,000.

- Source: paultan.org