Sunday, 13 September 2015

Dua maut ketika penggambaran filem Tom Cruise

Tom Cruise bersama anggota tentera Colombia semasa pengambaran filem Mena

SEBUAH pesawat yang terlibat dalam penggambaran filem lakonan aktor Hollywoood terkenal Tom Cruise, Mena terhempas di Medellin, Colombia dan menyebabakan sekurang-kurangnya dua maut manakala seorang lagi cedera parah.

Tom Cruise bagaimanapun tidak berada di dalam pesawat terbabit sewaktu insiden.

Dua yang terbunuh adalah juruterbang filem Amerika Alan, David Purwin, dan Carlos Berl sementara seorang lagi juruterbang yang cedera parah adalah Lee Garind dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Medellin.

Purwin adalah Pengasas dan Presiden LA Helinet Technologies, yang menyediakan teknologi pengawasan udara dengan penguatkuasaan undang-undang dan agensi kerajaan.

Purwin pernah bekerja untuk beberapa filem blockbuster seperti "Transformers," "Pearl Harbor" dan "Pirates of the Caribbean."

Memetik AFP, pihak berkuasa tempatan percaya bahawa cuaca buruk menyebabkan pesawat enjin berkembar Aerostar terhempas di pergunungan Alto de la Clarita.

Jurucakap Universal Picture dalam kenyataan berkata, pesawat yang membawa krew produksi filem tersebut terhempas ketika pulang ke Lapangan Terbang Enrique Olaya Herrea selepas tamat pengambaran pada hari berkenaan.

"Maklumat terperinci berhubung nahas tidak dapat didedahkan setakat ini dan bagi pihak produksi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,"

Filem terbitan The Universal Pictures diarahkan oleh Doug Liman telah menjalankan pengambaran di Colombia sejak penghujung Ogos lalu.

Tom Cruise memegang watak Barry Seal iaitu seorang juruterbang Amerika yang pekerja dengan pengedar dadah Colombia Pablo Escobar sebelum menjadi pengintip Agensi Penguatkuasaan Dadah.

- Sumber: Sinar Harian

Dokumentari Al Jazeera berdasarkan pembohongan

Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR - Semua yang dipaparkan dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang disiarkan hari ini, adalah semata-mata bersandarkan kepada perkara dengar cakap dan tidak berdasarkan sebarang bukti nyata.

Ketika menyatakan demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, dokumentari itu mengandungi pelbagai adegan lakonan semula dengan suara latar yang memberi gambaran ia adalah bukti di mana sebenarnya adegan-adegan itu dimainkan oleh pelakon.

"Bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa adegan-adegan tersebut adalah adaptasi daripada kisah sebenar yang tidak dijelaskan. Al Jazeera mengakui adegan-adegan tersebut adalah lakonan semula.

"Kenapa Al Jazeera mahu memutarbelitkan...beberapa kisah itu semata-mata hanya pembohongan dan spekulasi yang mencetuskan kesangsian bahawa wujud niat tersembunyi di sebaliknya," katanya dalam blog sskeruak.blogsport.my hari ini.

Beliau berkata, stesen televisyen antarabangsa itu mempaparkan kenyataan yang diubah banyak kali oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.

Salleh juga berkata, Al Jazeera juga gagal menyebut polis Perancis merakamkan kenyataan Bala di Paris dan mendapati ia tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai.

Katanya polis Perancis dalam laporannya berkata wanita Mongolia berusia 28 tahun itu mahupun Razak Baginda atau Perdana Menteri memasuki negara itu dalam tempoh yang dikatakan dalam dokumentari tersebut.

Justeru, katanya ia merupakan kes klasik dengan fakta disulami dengan fiksyen dan kisah-kisah yang disebarkan.

"Fokus cerita Al Jazeera tertumpu kepada Attantuya yang merupakan seorang penterjemah untuk kontrak kapal selam, sesuatu yang tidak berlaku sebelum wanita itu dikaitkan," katanya.

"Saya hanya boleh mengklasifikasikan laporan Al Jazeera ini sebagai nakal dan berniat jahat dengan cerita sensasi yang disajikan sebagai suatu kebenaran," katanya.

- Sumber: Bernama