Wednesday, 16 October 2013

Peneroka maut rempuh tiga kenderaan

Peneroka maut rempuh tiga kenderaan
Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya setelah selesai menjalani bedah siasat di Hospital Pekan malam kelmarin. - Foto Bernama


PEKAN – Seorang peneroka maut selepas lori sawit tiga tan tanpa muatan jenis Toyota yang dipandunya merempuh tiga buah kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Salong-Chini, petang kelmarin.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, sebuah kereta jenis Perodua Viva dari arah Salong berhenti di tengah jalan dua hala bagi memberi laluan kepada sebuah treler membawa muatan bijih besi keluar dari simpang kanan jalan dan ingin menghala ke Salong.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, sebuah lagi lori sawit tiga tan jenis Hicom Perkasa yang juga datang dari arah Salong kemudiannya turut berhenti di belakang kereta Viva berkenaan.

“Mangsa, Razelan Ahmad, 56, yang juga datang dari arah Salong bagaimanapun tidak sempat menekan brek lori yang dipandunya ketika tiba di tempat kejadian lalu merempuh lori sawit yang sedang berhenti di hadapannya dan melekat di bahagian belakang lori berkenaan.

“Lori sawit yang terdorong ke depan akibat dirempuh mangsa kemudiannya melanggar belakang kereta Viva yang berada di hadapan sebelum kenderaannya merempuh bahagian tepi sebelah kanan treler yang berada di laluan bertentangan, manakala kereta Viva berkenaan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Yahaya berkata, mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu kemudiannya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Chini.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat akibat kecederaan parah di bahagian dada dan mayatnya dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat.

“Kes ini masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa telah dituntut oleh keluarga bagi urusan pengebumian di Felda Chini 1,” katanya.

Yahaya turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya terutamanya di kawasan berisiko dan sering berlaku kemalangan.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan agar tidak memandu secara melulu dan ketika keadaan fizikal diri tidak mengizinkan seperti berada dalam keadaan mengantuk terutamanya ketika musim cuti dan perayaan," katanya.

BERNAMA 

Apple sends invites to event amid rumors of new iPad

Apple on Tuesday sent out invitations to a special event on October 22 in San Francisco, revealing little about what is expected to be a day devoted to iPad updates.

Emailed invitations bore few details other that time and place, and bore the message “We have a lot more to cover.”

A colorful graphic the shape of an iPad showed the top of Apple’s iconic logo under a shower of colorful leaves.

The invitations came about a week after unconfirmed reports that Apple will show off a new version of its popular iPad tablet computer that will be thinner than its predecessor and boast improved camera capabilities.

An upgraded version of the iPad mini with an improved screen is also expected.

The iPad remains the largest-selling tablet, according to surveys, but its market share is being eroded by rivals using the Google Android operating system.

Apple was also expected to discuss its computer operating system and its laptop line at the event, timed for the start of the year-end holiday shopping season.

Apple is coming off a wildly successful launch of two new iPhone models last month. The California firm said it sold a record nine million iPhones in the three days after launching two new versions of the smartphone.-AFP