Friday, 21 April 2017

Ratu cantik dedah muka disimbah asid bekas kekasih

Gessica Notaro ketika muncul dalam sebuah rancangan. - Foto Mediaset

ROME - ITALI. Ratu cantik Itali yang disimbah asid oleh bekas teman lelakinya akhirnya mendedahkan wajahnya buat pertama kali dalam satu program televisyen di sini.

Gessica Notaro, 27, finalis Ratu cantik Itali pada tahun 2007 muncul pada satu rancangan bual bicara di negara itu.

"Saya mahu dia lihat apa yang dia telah lakukan. Ini bukan cinta," katanya selepas membuka skarf yang menutupi wajahnya.

Pengacara rancangan itu, Maurizio Costanzo memberitahu wanita itu, dia tidak perlu mendedahkan wajahnya namun wanita itu tetap berkeras mahu melakukannya.

Wajah Gessica mengalami kecederaan teruk akibat serangan pada 10 Januari dan dia telah melakukan pembedahan bagi menyelamatkan mata kirinya.

Dia berkata, serangan tersebut dilakukan bekas teman lelakinya Jorge Edson Tavaress yang kini ditahan polis.

Mereka berpisah pada penghujung Ogos dan dia telah mendapat perintah larangan terhadap lelaki itu selepas tindakan lelaki itu yang mengugutnya.

Gessica yang bekerja sebagai pelatih singa laut di Adriatic resot bandar Rimini mendakwa, bekas teman lelakinya pernah mengugut untuk menyimbah asid kepadanya.

"Apabila asid dicurah ke muka saya, saya melutut dan berdoa agar tidak buta.

"Muka saya hancur tetapi ciri-ciri wajah saya masih ada. Saya masih mempunyai mulut. Begitu juga hidung saya. Saya masih mengenali diri saya di dalam cermin. Mata ini sepatutnya buta tetapi tidak, " katanya dipetik Metro.uk

Insiden itu tidak mematahkan impiannya, malah menurut Gessica dia bercadang mengeluarkan sebuah album.

Tavares yang berasal dari Cape Verde menafikan dakwaan tersebut dan akan menghadapi perbicaraan.

- Sumber: Sinar Harian | 21 April 2017

No comments:

Post a Comment