Sunday 5 March 2017

Telefon Bimbit Yang Juga Merupakan Power Bank

Pada hari ini, terdapat pelbagai penawaran telefon bimbit, yang mana biasanya digunakan sebagai telefon kedua oleh ramai pemilik telefon pintar – terutamanya apabila bateri mereka kehabisan kuasa.

Kini, salah satu syarikat pengeluar peranti telah hadir dengan penawaran telefon bimbit terbaru mereka, iaitu turut dilengkapi dengan sokongan untuk digunakan sebagai power bank.


Penyelesaian ini adalah antara yang baik, kerana biasanya anda menggunakan telefon bimbit apabila bateri habis – dan dengan kebolehan mengecas peranti sedia ada menggunakan integrasi power bank, ia semestinya diminati ramai.

Dinamakan sebagai U28 Power Bank, ia menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh. Walaupun saiznya adalah kecil, tetapi memandangkan penawarannya menyelesaikan masalah yang dihadapi ramai, maka mungkin ia bakal menjadi pilihan ramai penggun.

- Sumber: Amanz 

No comments:

Post a Comment