Monday 20 March 2017

Kereta elektrik abad 2020 Singapura berkelajuan 400 kmj



TAHUN lalu, kehebatan kereta elektrik, Dendrobium, buatan Vanda Electrics menjadi bualan ramai. 

Kenderaan elektrik pertama keluaran Singapura ini, dikatakan mampu mencecah kelajuan maksimum 400 kilometer sejam dan dilengkapi motor elektrik dengan 1,500 kuasa kuda. Malah kehebatannya turut dipamerkan ketika Pameran Kereta Geneva baru-baru ini.

Rekaan dan spesifikasi sudah banyak berubah berbanding konsep yang diperlihatkan tahun lalu. Kelajuannya maksimumnya dihadkan kepada 320 kilometer sejam. Sementara maklumat mengenai motor elektrik serta kapasiti bateri yang digunakan tidak pula didedahkan.

Rekaan kenderaan masih lagi agresif dan futuristik dengan penggunaan Suicide Door yang terbuka ke atas. 

Bagaimanapun, pihak Vanda Electrics berkata, hanya 10 Dendrobium akan dihasilkan apabila ia mula dijual pada tahun 2020 kelak.

-  sumber

No comments:

Post a Comment