Friday 18 November 2016

Bersih 5: Lima perkara anda perlu tahu

Bersih 5 dijangka berlangsung di Dataran Merdeka pada 19 November. - Gambar fail

1. APA ITU BERSIH DAN APAKAH TUNTUTANNYA?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 ialah gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di Malaysia.

Ia asalnya dianggotai wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pembangunan Wanita Kolektif (WDC) dan Penulis Media Bebas (WAMI), dan diketuai bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Bersih 2.0 yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan Bersih kini dipimpin oleh Maria Chin Abdullah dari WDC.

Bersih 5 ialah perhimpunan kelima dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh sembilan tahun.

Perhimpunan pertama diadakan pada 10 November 2007; perhimpunan kedua yang dikenali sebagai 'Walk for Democracy' pula pada 9 Julai 2011, dan yang ketiga adalah perhimpunan 'Sit In' yang diadakan pada 28 April 2012 dan Bersih 4 pada 29 Ogos 2015.

Lima tuntutan Bersih 5:
  • Pilihan raya bersih
  • Kerajaan bersih
  • Kukuhkan demokrasi berparlimen
  • Hak membantah
  • Memperkasa Sabah dan Sarawak

2. APA ITU KONVOI BERSIH?

Pada 1 Oktober 2016, Bersih 2.0 melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara dan berlangsung setiap hujung minggu sehingga perhimpunan Bersih 5 pada 19 November.
Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkat kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.

Konvoi Bersih dianggarkan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.


3. BILA DAN DI MANA BERSIH 5.0 DIADAKAN?

Bersih 5 dijangka berlangsung di Dataran Merdeka pada 19 November.



4. APA KATA PIHAK BERKUASA

Kuala Lumpur, Selasa (8 November 2016): Polis menegaskan perhimpunan dan konvoi Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ia berikutan tiada notis lokasi baru yang diserahkan pihak Bersih 2.0 bagi menggantikan cadangan berhimpun di Dataran Merdeka.

“Notis awal yang diserahkan kepada ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan ibu pejabat polis Brickfields tidak mendapat kelulusan kerana penganjur gagal mengemukakan bersama surat kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Petaling Jaya, Khamis (3 November 2016): Polis akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap pihak yang mengadakan perhimpunan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, kumpulan baju kuning dan baju merah perlu mendapat kebenaran pemilik tempat meskipun kedua-dua pihak telah mengemukakan notis kepada pihak polis.

Polis terima 198 laporan bantah Konvoi Bersih 5.0 - Ketua Polis Negeri

Port Dickson, Rabu (2 November 2016): Polis Negeri Sembilan sehingga kini menerima 198 laporan daripada individu dan kumpulan yang membantah konvoi Bersih 5.0 selama lapan hari yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata konvoi berkenaan dijadualkan menjelajah lapan daerah di negeri itu dengan daerah Tampin sebagai permulaan dan berakhir di Nilai pada 12 Nov.

Beliau berkata notis permohonan untuk mengadakan konvoi Bersih 5.0 telah diterima pada 26 Okt lepas, iaitu 10 hari sebelum konvoi diadakan, daripada penganjur.

Kuala Lumpur, Selasa (1 November 2016) : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa penganjur Bersih 5.0 mengikut nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Ia susulan lokasi bersejarah itu tidak termasuk dalam kawasan yang diizinkan mengadakan perhimpunan selain tidak digazetkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Memang benar penganjur Bersih mohon keizinan 10 hari sebelum himpunan tetapi Dataran Merdeka tidak termasuk dalam lokasi diizinkan. Seperti kata DBKL yang tidak mengizinkan tempat digunakan sebab ia tidak digazet dalam Akta Perhimpunan Aman," katanya semasa ditemui media selepas ucapan penggulungan Bajet 2014 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat.

5. APA KATA BERSIH 2.0


Kuala Lumpur, Jumaat (4 November 2016): Bersih 2.0 tidak memberi apa-apa keterangan mengenai dana Open Society Foundation (OSF) kepada polis semasa dipanggil untuk siasatan di Bukit Aman

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.

Katanya, siasatan adalah di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang dikaitkan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(SOSMA).

- Sumber: Astro Awani | November 18, 2016

No comments:

Post a Comment