Thursday, 13 August 2015

Tun M disuruh 'tutup mulut', henti serang Najib

Syed Hussien Al-Attas pada sidang media selepas melancarkan buku terbaharunya bertajuk Dosa-dosa Che Det di Wadi Hussien, Janda Baik, Bentong Pahang, hari ini. 

BENTONG - Penulis politik veteran, Syed Hussien Al-Attas hari ini meminta Tun Dr Mahathir Mohamad supaya 'tutup mulut' dan berhenti melakukan serangan peribadi terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, bekas perdana menteri itu sendiri gagal melakukan sebarang perubahan kepada nasib orang Melayu walaupun beliau telah diberikan peluang mentadbir negara selama 22 tahun.

"Bagi tahu dia supaya tutup mulut, dia sudah puas bercakap, 22 tahun bagi dia jadi Perdana Menteri, (tapi) apa pun tak boleh buat.

"Dia tak boleh mengubah Melayu, dia gagal, dia adalah kegagalan terbesar dalam politik Malaysia, dia sepatutnya kecewa," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku terbaharunya bertajuk Dosa-dosa Che Det di Wadi Hussien, Janda Baik, di sini, hari ini.

Beliau mengulas serangan bertali-arus Dr Mahathir terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak susulan penyaluran dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu dan skandal kewangan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Syed Hussien juga menegaskan Najib perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara khususnya ketika negara berdepan saat sukar termasuk krisis mata wang ringgit.

"Dia (Dr Mahathir) gagal mengubah nasib orang Melayu, dia diberi kesempatan 22 tahun, Najib belum sampai 10 tahun, jadi gunakanlah pertimbangan.

"Kenapa dia nak mendesak sangat tu, kot dia ada agenda lain kan?" soalnya.

Syed Hussien mendakwa, serangan itu dipercayai kerana agenda peribadi Dr Mahathir termasuk mahu anak kandungnya, Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri selepas Najib dijatuhkan.

"Dia pun ada anak, dia ingin anak dia jadi Perdana Menteri, kalau anak Tun Razak jadi Perdana Menteri, Tun Hussien boleh jadi Perdana Menteri, takkan Mukhriz tak boleh jadi Perdana Menteri.

"Tak bolehkah kita lihat dari perspektif itu?" soalnya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment