Saturday 4 July 2015

Terkejut kenyataan nak jimat, jangan balik kampung


KUALA LUMPUR - Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi melahirkan perasaan terkejutnya berhubung dengan kenyataan seorang perunding kewangan yang mengatakan bahawa 'jangan balik kampung jika hendak berjimat'.

Memetik kenyataannya di Facebook miliknya, Aznil berkata beliau seolah-olah 'tergamam' dengan petikan kenyataan tersebut.

"Tak percaya apa yang saya dengar," katanya.

Terdahulu sebuah video yang menjadi viral di media sosial menyentuh mengenai cadangan seorang perunding kewangan yang mencadangkan agar orang ramai jangan balik kampung untuk berjimat tahun ini.

"Saya rasa rakyat Malaysia...cuba sekali tahun ini berkrompomi jangan balik kampung, ia jimatkan minyak (harga minyak naik) dan tol...cuba tahun ini," petik kenyataan perunding kewangan itu menerusi sebuah rancangan bual bicara.

Sementara itu, Aznil terpaksa memadam video berkenaan dilaman Facebooknya kerana telah mengundang komen negatif.

"Kurang pahala puasa nanti. Maaf ya," tulisnya.
- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment