Tuesday 28 April 2015

MH17: Jerman gagal beri amaran

Lokasi nahas MH17

BERLIN - JERMAN. Kerajaan Jerman telah diberitahu tentang risiko laluan penerbangan di timur Ukraine sebelum pesawat MH17 ditembak jatuh Julai tahun lalu tetapi gagal untuk menyebarkan maklumat tersebut menurut laporan.

Memetik laporan Deutsche Welle, dua hari sebelum nahas, Kementerian Luar Negeri Jerman telah diberitahu bahawa keadaan di kawasan berkenaan adalah "amat membimbangkan" kerana sebuah pesawat kargo tentera Ukraine Antonov telah ditembak jatuh pada ketinggian lebih 6,000 meter (19,600 kaki).

Insiden tembak pesawat pada ketinggian tersebut jelas menunjukkan kemampuan untuk menembak jatuh mana-mana pesawat pada ketinggian yang lebih tinggi dan ini bermakna ia sangat bahaya pada pesawat penumpang yang melalui zon berkenaan.

Menurut laporan TV Jerman, saluran NDR dan WDR dan Sueddeutsche Zeitung, maklumat berkenaan telah diberikan oleh perisikan Jerman kepada kerajaan, namun maklumat tersebut tidak dikongsi oleh mana-mana syarikat penerbangan Jerman.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan Lufthansa memberitahu media Jerman bahawa mereka tidak mendapat sebarang maklumat mengenai bahaya laluan berkenaan oleh kerajaan.

"Jika syarikat penerbangan mengetahui mengenai perkara tersebut, maka sudah tentu Lufthansa tidak akan diterbangkan di timur Ukraine lagi," kata sumber syarikat itu.

Syarikat penerbangan Jerman yang lain telah mengelakkan mengunakan laluan penerbangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, MH17 terhempas di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai 2014, dipercayai ditembak jatuh, ketika membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat itu.

- Sumber: Deutsche Welle | via Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment