Sunday 29 March 2015

Awal Ashaari dalam keadaan baik - Scha Alyahya

KEADAAN Awal Ashaari yang kini berada berada di Hospital Melaka. - Foto NSTP

AWAL Ashaari ketika ditemai isterinya, Scha Alyahya. - Foto Muhammad Hatim Abd manan

AWAL Ashaari tersenyum setelah dimasukkan ke Hospital Melaka selepas terlibat dengan kemalangan di lebuhraya. 

KUALA LUMPUR: Scha Alyahya, isteri pengacara Awal Ashaari berkata suaminya dalam keadaan baik di Hospital Besar Melaka. 

Kira-kira jam 11.15 pagi tadi, kereta BMW 6 Series yang dipandu rakan Awal rosak teruk selepas terbabit nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka. 

Awal dan Izuan dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh, Melaka untuk mengacarakan Melodi secara langsung. 

"Alhamdulillah awal dalam keadaan baik dan stabil. Tiada kecederaan teruk. Walaupun kereta dia rosak teruk, Tuhan masih melindunginya," kata Scha yang diberi pelepasan oleh pengarah untuk melawat Awal di hospital. 

Ketika ini Scha sedang menjalani penggambaran telefilem Nota Cinta terbitan Suhan Movies arahan Azma Aizal Yusof di ibu kota.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment