Sunday 7 September 2014

Alasan jual Di Maria

Di Maria
Di Maria

SELEPAS berdiam diri mengenai isu penjualan Angel Di Maria ke Manchester United, akhirnya Presiden Real Madrid, Florentino Perez membuka mulut bagi mendedahkan perkara sebenar.

Menurut Perez, dia terpaksa menjual pemain Argentina itu selepas meminta jumlah gaji yang sama dengan Cristiano Ronaldo.

Di Maria, 26, dijual ke Old Trafford dengan harga £59.7 juta pound (RM312.4 juta).

Keputusan Real melepaskan Di Maria dikritik Ronaldo yang menganggap ia sebagai satu kesilapan besar.

"Kami terpaksa membuat keputusan yang boleh beri situasi menang-menang bagi pihak Di Maria dan juga kelab.

"Akhirnya, selepas meneliti permintaan Di Maria, kami dapati ia terlalu tinggi dan mustahil untuk ditunaikan.

"Di kelab ini, hanya Ronaldo sahaja yang layak menerima gaji paling tinggi.

"Apa pun, Di Maria sudah pun mendapat tempat bersama kelab baharu (United) dan saya fikir ia keputusan yang adil," ujar Perez.

Penghijrahan Di Maria ke England menyaksikan dia memecah rekod pembelian Britain, namun bekas Presiden Real Ramon Calderon tidak setuju Di Maria dijual ke Manchester United.

Untuk rekod, dia menyertai Real selepas meninggalkan Benfica pada 2010 dengan harga £36 juta (RM188.3 juta) dan memenangi La Liga serta Liga Juara-Juara musim lalu.

-- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment