Thursday 31 July 2014

Forrest Gump dalam format IMAX sempena ulang tahun ke-20

Forrest Gump dalam format IMAX sempena ulang tahun ke-20

Filem ikonik sepanjang zaman, Forrest Gump bakal ditayangkan semula dalam format IMAX sempena ulangtahunnya yang ke-20.

Perkara tersebut diumumkan oleh IMAX Corporations, Paramount Pictures dan Warner Bros. Home Entertainment.

Filem arahan Robert Zemeckis itu ditayangkan pada 1994 dan pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Kesan Visual Terbaik di Anugerah Akademi.

Ia mengisahkan pengembaraan Forrest Gump, seorang lelaki naïf tetapi bijak dari Alabama yang bukan sahaja menjadi saksi kepada sejarah Amerika Syarikat malah menjadi pemangkin kepada sejarah tersebut bermula sejak kelahirannya pada tahun 1944 sehingga 1982.

Filem itu diadun secara digital dalam format IMAX untuk tayangan pawagam khas selama satu minggu mulai 5 September depan. Filem itu juga akan diterbitkan dalam format “Diamond Luxe” Blu-ray.

Sama ada filem itu akan ditayangkan di Malaysia, masih belum diketahui. - Astro Awani 

No comments:

Post a Comment