Tuesday 17 June 2014

Hatrik Mueller bantu Jerman tundukkan Portugal

(AP Photo/Natacha Pisarenko)


SALVADOR: Pasukan Jerman membuat kejutan besar pada Piala Dunia 2014 apabila membenam pasukan Portugal 4-0 dalam perlawanan Kumpulan G kejohanan tersebut di Arena Forte Nova, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut sebahagian besarnya disumbang jaringan hatrik oleh Thomas Mueller.

Jaringan tersebut berjaya membantu Jerman meraih tiga mata penuh, meletakkan mereka di tangga teratas.

(AFP Photo / Francisco Leong)

Jaringan pertama menyaksikan sepakan penalti oleh Mueller pada minit ke-11. Penalti itu diberikan setelah pemain Jerman, Mario Goetze ditarik oleh Joao Pereira dari Portugal.

Pada minit ke-37 pula, Jerman menjaringkan satu lagi gol hasil dari tandukan Mats Hummels menjadikan keputusan 2-0.

Tambah malang buat skuad Portugal apabila pada minit ke-37 menyaksikan pemainnya, Pepe dilayangkan kad merah kerana mengasari Mueller dengan menghayunkan tangannya ke belakang, ke arah muka Mueller.

(AP Photo/Natacha Pisarenko)
Mueller yang kemudiannya terduduk kesakitan, dihantuk pula oleh Pepe dengan kepalanya membuatkan pengadil segera melayangkan kad merah dan mengarahkan Pepe keluar padang.

Portugal terpaksa meneruskan permainan dengan hanya 10 orang pemain.

Kesengsaraan Portugal ditambah lagi pada minit ke-45 apabila Meuller sekali lagi menjaringkan gol setelah berjaya melepasi penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

Pada separuh masa kedua pula, Mueller mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol keempat buat Jerman dan yang ketiga bagi dirinya menerusi jaringan minit ke-78 hasil hantaran dari Andre Schurrie.

Jaringan oleh Mueller itu menjadikan kedudukan 4-0 buat Jerman.

No comments:

Post a Comment