Thursday 13 February 2014

Pos Malaysia lancarkan siri setem bunga mawar


KUALA LUMPUR: Mahu pos kad Hari Valentine, jemputan perkahwinan, surat dan kad majlis kepada rakan-rakan?

Pos Malaysia telah melancarkan siri koleksi setem bunga mawar, yang boleh didapati mulai Jumaat ini. Ia juga satu cara untuk menggalakkan orang ramai menghargai tradisi menghantar kad dan surat yang dilengkapi dengan setem yang cantik di sampul surat.

"Ia adalah satu koleksi yang tidak boleh dilepaskan terutama sekali kepada pengumpul setem. Mereka dinasihatkan untuk mendapatkan setem-setem ini di pejabat pos di negara ini.

"Tidak ada bunga yang begitu diminati dan disayangi selain bunga mawar. Untuk koleksi khas bunga mawar ini, kami memilih tiga jenis bunga mawar iaitu hybrid tea rose, grandiflora rose dan English rose," kata seorang jurucakap.

Setem ini boleh didapati dalam tiga denominasi iaitu hibrid tea rose pada harga RM0.60 setiap satu, grandiflora rose pada RM0.70 setiap satu danEnglish rose pada RM1.20 setiap satu.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment