Monday 15 December 2014

Datuk Mustapha Maarof selamat dikebumikan

Suasana pengebumian seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, yang meninggal 8.38 pagi tadi – Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


JENAZAH seniman veteran Datuk Mustapha Maarof selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di ibu negara pada 3 petang ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur, selepas solat Zohor.

Antara yang hadir di tanah perkuburan itu ialah Pengarah Urusan Skop Production Datuk Yusof Haslam, pelakon Datuk Rosyam Nor dan Aznah Hamid.

Mustapha, 79, atau nama sebenarnya, Mustapha Azahari Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, pada 8.40 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru yang mula dikesan pada 25 November lepas. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment