Thursday 11 December 2014

Atlet wushu negara sah positif doping

Atlet wushu negara sah positif doping - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Badan Urus Tadbir Sukan Wushu Antarabangsa menggantung atlet negara, Tai Cheau Xuen selama empat bulan selepas keputusan positif doping pada Sukan Asia Incheon, lapor Persekutuan Wushu Malaysia pada Khamis.

Cheau Xuen, yang menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara nandao dan nanquan all-around wanita merupakan atlet keempat gagal ujian doping pada Sukan Asia Incheon digantung sehingga 20 Mac 2015

Cheau Xuen juga sudah memulangkan pingat emas yang diperolehinya.

Persekutuan Wushu negara menjelaskan, mereka dimaklumkan penggantungan itu pada surat yang diterima daripada Badan Urus Tadbir Sukan Wushu Antarabangsa pada minggu lepas.

Persekutuan Wushu negara turut memberitahu, kes Cheau Xuen adalah berpunca daripada Sibutramine iaitu sejenis dadah yang boleh mengawal berat badan, dan ia sering terdapat dalam pil diet, produk melangsingkan badan dan minuman tenaga.

- Sumber: AFP 

No comments:

Post a Comment